Khamis, 7 Januari 2016

Nicholas Sparks BUAT & ELAK ketika menulis sebuah novel cinta

Nicholas Sparks, seorang novelis cinta profilik yang tidak asing lagi di dunia.

Penulis Nicholas Sparks telah memberikan kita 5 BUAT & ELAK terhebatnya ketika menulis novel bagi meraikan penghasilan filem adaptasi dari novelnya The Lucky One yang dibintangi oleh Zac Efron.

BUAT satu watak yang mempunyai perilaku menakjubkan: Saya cuba cipta watak yang tidak asing dengan kita-tetapi tersentuh dengan kuasa cinta sehingga berdaya untuk melakukan perkara menakjubkan.

ELAK daripada memberi jalan mudah untuk karakter anda. Perkara yang membuatkan kisah cinta itu sebuah cerita, dan bukannya hanya pada episod romantiknya, adalah rintangan yang perlu karakter harungi dalam liku-liku kehidupannya. Takkan ada banyak cerita untuk disampaikan jika Logan bertemu Beth dan terus menemui kebahagiaan, kan?

BUAT kajian penuh mengenai emosi manusia: Kisah cinta bukan hanya sekadar sebuah cerita cinta-ia juga mengenai marah, kecewa, rasa putus asa, pengkhianatan, penyembuhan, kebahagiaan dan akhir sekali, harapan. Cinta bukannya emosi yang mudah-ia meliputi segala macam jurang emosi menyebabkan ianya penting untuk meliputi segalanya.

ELAK daripada menjadikan cinta itu perkara mudah. Cinta merupakan emosi yang mempunyai kuasa besar- dan ketika kita bercinta, jarang sekali manusia berfikiran cetek. Jika rintangan yang perlu dihadapi pasangan dua sejoli itu mencerminkan sesebuah cerita cinta, maka apa yang menjadikan kisah cinta yang hebat adalah keupayaan dan keinginan mereka untuk pergi sejauh mungkin bagi menghadapi rintangan tersebut - walau apa jua bayarannya.

BUAT penamat yang pahit manis. Sebuah cerita yang hebat tidak akan membiarkan anda dalam titik kepuasan yang rendah, sebaliknya, ia mungkin bakal menjadi sebuah kisah yang mencerminkan hidup dan juga menyayat hati. Hidup, kerana ianya sebentar, amatlah menyedihkan, dan saya cuba untuk menggambarkan perasaan dan hubungan yang menggambarkan hidup sebagai sesuatu yang kekal dan layak untuk diraikan.

ELAK daripada mencipta watak wanita satu dimensi. Seorang wanita yang hanya menunggu untuk dilamar seorang jejaka, dan berakhir begitu sahaja, adalah membosankan. Tulislah mengenai seorang watak protagonis wanita yang berdikari dan bersikap kendiri - sehinggakan mereka tampak menarik dan layak dihormati dari kaca mata cinta dan juga pembaca.

BUAT konflik dalaman yang selari dengan konflik luaran. Apa yang menariknya mengenai konflik luaran - ex yang menyakitkan hati atau ibu bapa yang suka mengawal - adalah soalan dalaman yang menghantui watak tersebut: Aku suka dia ke? Dia suka aku ke? Adakah ini keputusan yang betul? Boleh ke aku lalui semua ni? Konflik dalaman dan dilemma ini bakal memberitahu bahawa ada sesuatu yang hebat mengenai cerita anda.

ELAK dari menggunakan kata-kata kesat. Saya cuba sedaya upaya untuk mengelak kata-kata kesat, tetapi saya tak rasa kata-kata kesat yang berlebihan sesuai untuk kisah cinta - ia mengubah dan 'memurahkan' suasana, dan daripada perasaan yang sebenar, ia selalu sahaja memberikan kesan yang berlainan. Lagipun, ia merupakan sebentuk penulisan yang pemalas - jenis yang mengambil jalan mudah untuk menggambarkan perasaan marah, geram atau dalam sesetengah kes, watak jahat.

BUAT takdir sebagai peranan. Dalam The Lucky One, Logan boleh sahaja menjumpai gambar Beth yang menyelamatkan hidupnya dan jadikan ia sebagai tangkal atau kenang-kenangan; sebaliknya, dia ambil keputusan untuk cari wanita di dalam foto itu di serantau negara. Saya selalu cuba untuk cipta watak yang bertindak pada peluang yang muncul secara tiba-tiba -ejen penggerak perubahan yang bakal menjadi punca atau petunjuk kepada mereka.

ELAK cipta watak jahat biasa. Penjahat hanya untuk buku komik. Sebuah watak satu dimensi yang sepenuhnya jahat dan memberikan tentangan kepada pasangan kekasih tidak akan berfungsi dengan baik dalam konteks kisah cinta kompleks dan boleh dipercayai. Perkara yang menjadikannya menarik dan berkesan adalah antagonis yang bersifat seperti manusia, serta mempunyai hubungan yang rumit dengan protagonis. Dalam The Lucky One, Keith Clayton bukan hanya ex Beth yang kuat cemburu, dia juga merupakan ayah kepada anak Keith dan juga merupakan insan yang 'insecure' serta di pengakhirannya, dia menebus kesilapannya dengan tindakan berani terakhirnya yang bakal menjadi persoalan terhadap tanggapan awal pembaca terhadapnya.

LANGKAH KANAN

Memulakan sesuatu yang baru merupakan sesuatu yang menakutkan. Lebih-lebih lagi kalau kita tak tahu di mana penghujungnya jalan yang bakal kita tempuhi.

Ada sebuah kata-kata daripada sebuah cerita, my favorite American TV Series, How I met your mother. Eh... betul la. Aku pun tonton cerita tu jugak. Ni nak cakap la, kadang kala, setiap cerita yang anda tonton itu, memberikan pengajaran yang tidak pernah kita bayangkan. So, lepas ni jangan tengok je tak dapat apa. 

Ahem dekat mana aku tadi? Oh... pasal kata-kata pujangga dari HIMYM;
"It takes a long journey to change the world. But the first step is the thing you do now."
Aku tak pasti, dari mana datangnya petikan itu. Di babak mana, atau oleh siapa kepada siapa. Mungkin sebab dah banyak sangat fikir sampai benda kecik macam tu pun lupa.

Berbalik kepada petikan itu tadi, memang niat aku untuk mengubah dunia. Siapa yang tidak ingin berbuat sedemikian? Mengetahui bahawa apa yang anda lakukan sekarang merupakan sesuatu yang bakal membawa kepada perubahan drastik terhadap seluruh alam. Bukankah itu menarik?

Maka; Ayuh bangkit dan mulakan LANGKAH KANAN (tiba-tiba) :P