Takut masukkan cuaca dalam penulisan? Sama la kita. Lagipun, cuaca ni berbahaya. Kalau kita tak berhati-hati, deskripsi cuaca kita boleh jadi malapetaka cliche. Teriknya matahari di pantai. Suramnya hujan lebat di majlis pengebumian. Ada juga bahaya yang datang bila kita menggunakan cahaya sebagai cerminan landskap emosi dalaman watak. Menyalahgunakan teknik ini akan mewujudkan melodrama.
Sebilangan orang cakap memulakan perenggan pertama anda di mukasurat pertama dengan cuaca boleh membunuh peluang untuk karya anda dibaca melebihi lima halaman. Kenapa? Sebabnya, andai tidak ditulis dengan betul, ia akan kedengaran seperti laporan kaji cuaca. Selain itu, ia melambatkan proses pengenalan hero anda, dan pembaca tak semuanya penyabar. Mereka ingin berjumpa watak anda dan ketahui apa yang mereka lakukan secepat mungkin.
Wow, bunyinya macam cuaca ni resepi kepada bahana! Tak mustahil la kalau sebahagian penulis teragak-agak untuk menggunakan sebarang bentuk cuaca. Tapi kita kena ingat satu benda... mengelak cuaca adalah kesilapan terbesar.
Cuaca itu pelbagai. Ia bersulam simbol dan makna. Dan yang paling utama, cuaca ini penting untuk kita sebagai manusia, kerana ia memberi kesan kepada kita secara halus. Tak percaya? Apa kata saya letakkan anda sebagai salah seorang karakter.
Cuba bayangkan anda sedang berjalan di lorong. Ianya dipenghujung petang, jernih bak kristal, dan ada bayu panas bertiup melawan anda. Sekolah tamat dan kanak-kanak berlari ke sana sini melalui kaki lima, angin bergetar dengan gelak tawa sedang mereka berlumba ke kedai runcit untuk mendapatkan aiskrim. Sandal anda menongkah jalan berturap sedang anda menurni antara dua bangunan. Sisi pintu restoran Itali sekadar melepasi sebuah tong sampah berkarat, dan shift tunang anda bakal berakhir. Anda tersenyum, rasa ringan. Anda tak sabar bertemunya.
Apa kata kita ubah pula babak itu.
Matahari terbenam dan cuaca memburuk. Awan mendung berarakan di langit. Kaki lima tidak berpenghuni, dan angin bersadur kesejukan, melibas pakaian anda agar melawan arah yang dituju. Anda berharap anda sedang memakai seluar, berharap anda membawa sweater. Di lorong, sampah sarap berselerakan di kaki lima yang berminyak dan tong sampah restoran itu sudah ditelan bayangan tebal. Pintu sisinya hanya beberapa langkah dari situ. Anda tak berapa nampak, tapi apa yang anda perlu buat hanyalah mendekatkan jarak dan mengetuk. Kau teragak-agak, melihat dalam kesamaran.
Setting yang sama, babak yang sama. Tapi, mood dan tone berubah, semuanya disebabkan cuaca yang diselitkan sebagai latar. Apa yang tadinya selamat dan cerah bertukar menjadi suram dan terasing.
Dapat tak bayangkan secara sendiri untuk sejenak? Emosi anda berubah atau tidak mengikut cara saya menyatakan babak tadi? Harapnya begitu, kerana ini semua kuasa cuaca - mengubah tanggapan orang terhadap persekitaran.
Cuaca merupakan alat yang membangkitkan emosi, menyuluh watak ke emosi yang kita ingin mereka rasa (dan semestinya pembaca juga). Dengan mengolah keadaan cuaca tertentu, watak boleh rasa selesa atau terabur. Cuaca boleh membantu atau melawan watak dan boleh digunakan sebagai bayangan bahawa sesuatu akan berubah (selalunya ke situasi lebih sukar).
Disebabkan kita ada pengalaman dengan berbeza elemen cuaca, bila kita bacanya dalam sesebuah babak, ia mengingatkan kita tentang masa silam, dan juga emosi kita tatkala itu. Jadi, cuaca bukan sahaja elemen besar dalam mengubah emosi sesuatu setting, ia juga menolong pembaca untuk mengenalpasti pengalaman yang dilalui karakter secara personal.
Bagaimana kita nak menulis cuaca dalam cerita dengan jelas, dan jauh daripada curam? Ada 3 cara.
1. Gunakan Fresh, Sensory Images.
Dalam setiap perenggan, gunakan deria anda untuk menerangkan kesan cuaca itu. Guna kesemua deria anda. Contohnya: Bayu panas. Angin bergetar dengan gelak tawa. Sampah sarap berselerakan di kaki lima. Angin bersadur kesejukan, melibas pakaian anda.
Dengan mentafsir cuaca dalam bentuk bunyi, sentuhan dan pandangan, anda mampu mencipta babak yang tampak wujud.
2. Elakkan Direct Emotion-to-Weather Cliches.
Ada beberapa pasang kata yang perlu kita elakkan, macam tunjukkan watak sedang menangis dalam hujan atau marah seumpama kilat dan petir yang mengganas. Ada banyak jenis elemen cuaca yang wujud. Oleh itu, fikir lebih daripada apa yang selalu digunakan.
Elak cerminkan emosi dengan cuaca. Sebaliknya gunakan cuaca untuk menggambarkan emosi dan reaksi watak. Ini adalah salah satu cara lebih kuat untuk menerangkan emosi seseorang tanpa terlalu jelas.
3. Pilih Latar anda dengan betul.
Latar tempat dan Cuaca perlu berganding bahu, melalui kontras mahupun perbandingan.
Dalam babak pertama, kita ada cuaca indah dengan lorong sebagai lokasi terakhir. <- Ini merupakan jenis kontras - satu wajar, satu tidak, tapi ditunjukkan minat dan harapan untuk bertemu sebagai jalan penyelesaian.
Dalam babak kedua pula, cuaca tadi menjadi ribut. Sekarang kita ada dua elemen yang tak wajar, dan seperti tadi, mereka berkerjasama untuk membina rasa tidak senang.
Cuaca kadang-kala boleh beri impak negatif mahupun negatif pada latar dan mengubah reaksi karakter padanya, maka jangan takut untuk gunakannya!
Cuma ingat, dengan sesuatu sehebat ini, sentuhan halus sahaja yang diperlukan.