Khamis, 9 Jun 2016

Buku ke-15, Ulasan Pertama

S E L E S T I A L

karya: Lokman Hakim
terbitan: Simptomatik Press
genre: Saifai (Sains Fiksyen)

Sinopsis:


Apabila mereka terkandas di Marikh, ia membangkitkan satu interaksi penting buat manusia dengan kewujudan sarwajagat.

Razali, seorang angkasawan ketika itu, tidak tahu adakah ia satu kecelakaan atau anugerah.

Dua kewujudan berbeza berusaha untuk memahamkan dirinya akan situasi alam semesta mereka.

Dan makhluk-makhluk itu, The Things & The Phosphorus, menjelajah zaman silamnya, mengaburi masa depannya dan menghantui nilai-nilai kehidupan manusia melalui otaknya.

D7 Sentul menjadi medan pertembungan fikiran dan falsafah kehidupan yang berbeza nahunya. Selaku manusia, Razali sedar, dia mendepani satu kewujudan yang begitu transendental.

Terlalu transendental, hingga dia meragui kewujudannya sendiri.


INI KALI KETIGA saya membaca buku bersifat saifai dalam hidup (yang pertama Invasi, kemudian Tuhan). Dan pada pendapat saya, sejujurnya, bidang sains bukan bidang yang mudah untuk disampaikan dalam bahasa mudah. Maka pujian harus diberi pada penulis. Meskipun ada terma yang tidak begitu familiar pada hemat saya - almaklumlah, budak akaun ni (dituju kepada diri sendiri) mana nak tahan dengan sains. 

Okay, yang atas tu cuma intro, tak ada kaitan dengan ulasan sebenar.

Naskhah ini merupakan jurnal seorang angkasawan yang terselamat dari ekspedisi Marikh, bernama Razali. Dan bermula insiden di Marikh itu, dia mengenali kewujudan makhluk lain seperti The Things dan The Phosphorus (yang juga dipanggil dengan gelaran The Martian). Agak kalut jugak sebenarnya saya nak faham sebab pertukaran antara terma The Phosphorus dan The Martian, padahal keduanya dituju kepada spesis yang sama.

Berlatarkan zaman 2043masihi (kalau tak silap), mereka (si makhluk asing) sudah jauh mendepani teknologi kita. Dan mereka berkeinginan untuk berkomunikasi dengan manusia. Malangnya, kelemahan manusia menyebabkan komunikasi terbatas. Maka mereka jadikan Razali sebagai perantara sehinggakan dia (Razali) meragui peristiwa yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi.

Satu persoalan yang bermain di benak saya tatkala membaca naskhah:

Siapa penulis sebenar jurnal ini? Razali atau bukan?


Untuk mengetahui jawapannya, dapatkan karya Lokman Hakim ini di pasaran, laman web Simptomatik Press atau boleh terus Whatsapp kepada nombor yang tertera pada gambar. ^^

Boleh ikuti ulasan lanjut oleh penulisnya sendiri mengenai pembikinan novel ini [di sini].







P/S: 1st time buat ulasan buku, kalau ada kekurangan mintak diampunkan =3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan